ALLAH AGAMA MENGENAL ALLAH

JOM BERAMAL!

JOM BERAMAL!

SALAM UKHUWAH KEPADA SEMUA BLOGGER!

15 February 2011

Insan Ulung Kekasih Allah SWT




Jadikan Kehidupan Rasulullah Sebagai Motivasi
Kita kini sedang menyambut ketibaan bulan Rabiul Awwal yang telah mencatatkan peristiwa penting dalam sejarah Islam. Di mana apabila tibanya bulan Rabi'ulawwal setiap tahun, umat Islam di seluruh dunia sama-sama mengingati tarikh kelahiran junjungan besar nabi Muhammad S.A.W. 
Kelahiran dan kebangkitan junjungan besar nabi Muhammad S.A.W sebagai rasul akhir zaman telah membawa sinar bahagia kepada manusia dan rahmat kepada seluruh alam yang selama ini tenggelam dalam kejahilan dan hidup bermusuhan antara satu sama lain. Yang kuat memerintah yang tidak berdaya, yang kaya memeras yang miskin, yang gagah menindas yang lemah, undang-undang terletak pada pandangan nafsu dan bukannya berdasarkan wahyu sehingga hidup manusia bercelaru hilang pedoman dan tempat rujukan untuk berlindung.
Sejarah telah mencatatkan kisah perjalanan pahit maung kehidupan Rasulullah S.A.W. di dalam tugasnya menyebarkan dakwah Islam yang mulia ini, baginda pernah dikeji, dihina, diugut, dibaling dengan batu sehingga berdarah, dipulau kaum keluarganya namun untuk meninggalkan amanah Allah ini tidak sekali-kali terlintas di dalam jiwanya.
Justeru, Rasulullah S.A.W. yang diutuskan kepada umat manusia sebagai penghulu segala rasul, wajib kita sama-sama mentaatinya, dengan erti kata melaksanakan segala perintahnya dan meninggalkan segala tegahannya. Mudah-mudahan kita beroleh kecemerlangan dan kegemilangan hidup di dunia dan di akhirat.
Firman Allah dalam surah al-Hasyr ayat 7:
Maksudnya : "Dan apa jua suruhan yang di bawa oleh Rasulullah kepada kamu maka ambillah akan ia serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya  kamu melakukannya maka patuhilah larangannya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat azab siksanya (bagi orang-orang yang melanggar perintahnya)".
Melalui cacatan sejarah juga kita dapati bagaimana kehidupan Rasulullulah S.A.W. yang sentiasa dijaga dan dipelihara oleh Allah S.W.T. bagi menjamin dakwahnya diterima oleh masyarakat. Walaupun baginda hidup dalam suasana masyarakat jahiliah yang sesat bertuhankan nafsu, namun baginda tidak terlibat dengan penyembahan berhala, minum arak, berjudi, malah tidak pernah berhibur dengan hiburan yang melalaikan. Begitu juga, baginda bersifat amanah sehingga digelar "al-Amin" serta sentiasa menjaga pergaulan dan percakapannya.
Baginda Raslulllah S.A.W. turut dididik dengan ujian bagi mematangkan fikiran dan tindakannya, di mana sejak kecil lagi baginda menjadi yatim piatu dengan kewafatan ayahanda dan bonda yang tercinta. Penjagaan baginda yang yatim piatu diambil alih oleh datuk kesayangannya Abdul Mutalib, tetapi Allah S.W.T. sekali lagi menguji baginda dengan kematian datuknya ketika baginda berusia lapan tahun dan penjagaan baginda berpindah kepada bapa saudaranya Abu Talib. 
Cuba kita bayangkan?. Bagaimana nabi yang bakal melaksanakan tugas dakwah Islam yang begitu besar dan berat telah diuji dengan kehilangan ahli keluarga ketika usianya yang masih kecil. Tetapi Allah maha penentu segala-galanya, di mana setiap sesuatu yang berlaku mempunyai hikmatnya yang tersendiri. Ujian kewafatan ahli keluarga tercinta telah mendidik baginda sebagai seorang yang cepat matang dan tidak terlalu bergantung kepada orang lain.
Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun, marilah kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat.
Sebagai seorang pemimpin agong baginda Rasulullah S.A.W. mempunyai pandangan jauh dan akal fikiran yang tajam serta semangat juang yang tinggi, kekuatan rohani yang mendalam, tabah dan keberanian menempuh berbagai cabaran dan dugaan yang perlu kita contohi, sama ada di waktu penghijrahannya dari kota Makkah ke kota Madinah atau selepasnya.
 Oleh yang demikian, umat Islam pada hari ini hendaklah bangun membina kekuatan rohani seimbang dengan kekuatan akal dan jasmani seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah S.A.W. dalam menyebar luas syiar Islam. Ini kerana setiap umat Islam pada hari ini adalah bertanggungjawab meninggikan dan mempertahankan agama Allah.

Di antara ciri-ciri dan sikap terpuji baginda Rasulullah S.A.W. yang perlu dicontohi :

1. SEBAGAI KETUA KELUARGA YANG MULIA DAN BERTANGGUNGJAWAB.
Dalam kesibukan baginda sebagai pemimpin negara, sebagai pendakwah, ketua tentera dan pelbagai urusan lainya tetapi baginda tidak pernah melupakan soal membina keluarga yang harmoni. Bagaimana baginda menunjukkan kaedah yang berkesan untuk melahirkan sebuah rumahtangga Islam sejati yang berjaya melahirkan generasi Islam yang bertakwa. Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah al-Tahrim ayat 6 :

Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya manusia dan batu (berhala), neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya), mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan."

2. SEBAGAI PEMIMPIN YANG BIJAKSANA
Rasulullah S.A.W.  merupakan seorang pemimpin yang ikhlas dalam memperjuangkan dan menegakkan syiar Islam. Peribadi baginda yang luhur, tidak ingin dipuji, tidak mementingkan diri sendiri, tidak mementingkan kebendaan serta mengejar pangkat dalam perjuangannya. Akhirnya baginda telah berjaya membentuk peribadi, masyarakat dan negara Islam yang unggul dan terbilang.
Amat sesuai baginda menjadi contoh teladan yang paling baik. Sabda baginda :
" اِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ مَكَارِمَ الأَخْلاَقِ "
Maksudnya: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia ".

3. MEMILIKI AKHLAK YANG SEMPURNA.
Baginda diutuskan bersama akhlak yang sempurna sebagai asas panduan kepada setiap lapisan masyarakat. Hal ini dinyatakan oleh Allah S.W.T. di dalam al-Ahzab ayat 21 :
Maksudnya : "Demi sesungguhnya! Adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan memperingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)."
Seterusnya baginda terkenal dengan ketegasan dalam perjuangan mempertahan agama Allah tanpa rasa takut dan menolak sebarang bentuk tawaran keduniaan. Seandainya sifat seumpama ini dapat kita laksanakan pastinya Islam bertambah maju dan setiasa disegani kawan mahupun lawan.
Dalam membina masyarakat yang harmoni pula baginda menggariskan beberapa panduan antaranya menanamkan sifat berkasih sayang, tolong menolong, menjaga hak kejiranan dan sebagainya demi menjaga dan membentuk masyarakat sejahtera.
Inilah antara sifat-sifat dan ketabahan baginda Rasulullah S.A.W. di dalam menegakkan agama yang benar dan diredhai Allah S.W.T. Maka bersempena sambutan Maulidur Rasul yang kita sambut pada tahun ini hendaklah dilakukan dengan hati yang benar-benar insaf dan ikhlas serta berbeza dengan cara sambutan Maulidur Rasul yang pernah dilakukan oleh Abu Lahab yang terlalu gembira menyambut kelahiran baginda dengan sanggup memerdekakan hamba kesayangannya serta menyembelih 100 ekor unta tetapi akhirnya apabila baginda menyatakan tentang kenabiannya serta dakwah Islam yang dibawa oleh baginda maka dialah orang paling keras menentang baginda sehingga kisahnya dirakamkan dalam surah al-Masad.
Oleh itu, kita perlu sedar dan insaf sambutan yang kita raikan mestilah selari dengan apa yang diucapkan, jangan kita bersungguh-sungguh memuji akhlak Rasulullah S.A.W. Tetapi akhlak remaja kita terbiar semakin hari semakin liar, tidak terkawal dan terlalu mementingkan hiburan sehingga mengabaikan tuntutan agama. Begitu juga, jangan kita hanya memuji baginda yang mengharamkan arak, judi dan riba sedangkan di sekeliling kita arak, penagihan dadah, pil khayal, ubat batuk dan segala macam yang memabukkan semakin manjadi-jadi seakan-akan tidak ada penghujungnya.

Maksudnya : "Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (arab) yang ummyyin, seorang rasul (nabi Muhammad) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaannya), dan membersihkan mereka (daripada iktikad yang sesat), serta mengajarkan mereka kitab Allah (al-Quran) dan hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hokum-hukum syari'at). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata." ( Surah al-Jumuah ayat : 2 )
Nabi kita Muhammad SAW adalah seorang Rasul yang telah menyelesaikan segala permasalahan umat dan telah menyempurnakan amanah Allah SWT sewaktu hayat Baginda dengan meninggalkan dua khazanah yang amat berharga kepada kita sebagai panduan hidup iaitu al-Quran dan Sunnah Nabawiyah. Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak akan sekalian sesat selagi mana kamu berpegang dengan keduanya iaitu kitab Allah dan Sunnah Nabi". (Riwayat Iman Malik )
Text diambil dari Khutbah Jumaat oleh Jakim http://www.islam.gov.my/khutbah-online kata kunci Rasulullah 


Jom Jadi Kunci Penyampai Kebaikan dengan sama-sama sertai kempen 1 Hari 1 Share dari artikel-artikel serta pengisian yang ada disini.
 

Hari Bunga-Bunga Cinta




Oh hari bunga-bunga cinta sudah tiba. Pasangan muda-mudi Islam juga tak terlepas mengatur program-program 'bulan madu' bersama kekasih hati. Hari kasih sayang itu dianggap sebagai hari yang harus dilalui dengan mencurahkan sepenuh rasa cinta kepada pasangan. Bukan sahaja pasangan suami isteri, malah yang baru menjalin hubungan cinta sehari juga berimpikan perkara yang sama. 14 Februari tersemat di dalam hati, menjadi kenangan yang abadi.

Tunggu! Sebelum terus-terusan kita menjadikan hari tersebut sebagai hari membuktikan rasa cinta yang deminya 'lautan api sanggup ku redah', ketahuilah sejarahnya dahulu. Apa yang selama ini disambut oleh umat Rasulullah SAW, di mana hujung pangkal permulaannya? Jangan kita menjadi manusia yang tuli, mencontohi dan mengikuti sesuatu tanpa kita mempunyai pengetahuan tentangnya. Allah telah menegaskan, "Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya". (Surah Al-Isra : 36)
Sejarah Valentine's Day
Terdapat pelbagai sumber yang berbeza-beza menceritakan tentang asal-usul Hari Valentine. Yang nyata, tidak satu pun memberi kebaikan kepada kita sebagai umat Islam dan hamba kepada Maha Pencipta. Sedarkah kita, salah satu sebab kewujudan Hari Valentine ini adalah kerana kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol pada tarikh tersebut. Manakala orang yang menjadi dalang kepada kekalahan itu adalah seorang paderi Kristian, Saint Valentine. Lalu, 14 Februari 1492 dinamakan Hari Valentine dan  dianggap sebagai hari kasih sayang kerana Islam dianggap sebagai agama yang zalim. Bukankah dengan menyambutnya, kita sendiri menghina agama kita yang suci? Kejinya jika kita begitu!
Antara sejarah yang lain pula menyebut, Hari Valentine diambil daripada nama paderi Saint Valentine atas kesungguhannya mempertahankan hak para tentera di zaman pemerintahan Claudius II untuk berkahwin. Ini kerana, semasa Claudius II memerintah kerajaan Rom, beliau menghalang tentera-tentera Rom untuk berkahwin kerana pada pendapat beliau, mereka akan lebih kuat dan tabah untuk berperang jika masih bujang. Namun secara senyap, Saint Valentine telah melakukan upacara pernikahan dan ini mendatangkan kemarahan Claudius II. Lalu, paderi itu dihukum gantung pada 14 Februari 269 Masihi.
Fikirkan
Jika kita menjadikan ini sebagai alasan untuk menyambut 14 Februari, dek kerana kesungguhan seseorang menegakkan hak manusia untuk berkahwin, mengapa pula penghormatan itu harus diberi kepada seorang paderi Kristian? Sedangkan di kalangan utusan Allah semuanya banyak berkorban demi cinta mempertahankan agama. Kenangilah rasa cinta dan kasih yang tak terhingga Rasulullah SAW yang banyak berkorban demi kita, umatnya yang amat beliau kasihi. Sungguh, jangan pernah kita meletakkan penghormatan itu lebih tinggi kepada pemimpin dari kaum kafir berbanding pemimpin teragung kita, Muhammad SAW!
Kita sedia maklum, sesuatu perayaan yang tidak berlandaskan agama Islam pasti mendatangkan sejuta keburukan dan kebinasaan. Lihatlah, berapa ramai anak-anak gadis seagama yang telah terkulai layu di tangan kekasih hati hanya demi membuktikan rasa cinta yang berinspirasikan Saint Valentine? Berapa ramai pemuda-pemuda yang menggalas tugas  khalifah di muka bumi melakukan maksiat dan zina demi tarikh yang dianggap keramat itu ? Segeralah kita membendung sambutan Hari Valentine. Jangan biarkan benih kesesatan menumbuh lalu menjadi pohon yang menutupi sinar iman di dalam hati.
Ingatlah firman Allah, "Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.(al-Baqarah:120).
- Artikel ini diterbitkan dalam tabloid iLuvislam edisi 48.

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W


Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah


Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.


Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.
Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.
Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.
-Sumber dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Layari http://www.islam.gov.my/

SALAM MAULIDUR RASUL 1432H/ 2011M

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH,


 Dia mencintai kita sebelum wujudnya kita di muka bumi, adakah kita sudah membalasnya, jika sudah adakah kita mencintainya tanpa musim (setiap masa)?...Sungguh indah dan tinggi cintanya, mencintai dengan tidak melihat, mencintai dengan tidak mengenali, mencintai sehingga mati..ingatan yang tak pernah luntur.



MENCARI CINTA HAKIKI: KEKASIH HATI ATAU RASULULLAH SAW.


Alhamdulillah, terima kasih Ya Rab, Ya ALLAH atas kurniaan nikmat ISLAM dan IMAN yang dikurniakan. Berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang diutuskan ALLAH di dunia ini sebagai pemimpin manusia sekalian alam.





Awwalul kalam dengan salam,
Buat junjungan Khairal Anam,
Dalam selawat yang disulam,
Alun zikir memuji Sohibul 'Alam

Lembaran sirah pun berperi
Riwayat insan yang terpuji
Bersalasilah para nabi
Keturunan Quraisy yang molek pekerti

Ahmad, itu nama yang tersurat
Dalam Injil juga Taurat
Apatah lagi kitab Al-Qur'an

Dia Muhammad
Penutup sekalian nabi
Penyampai risalah suci
Islam agama yang diredhai
(Dia pembela di mahsyar nanti)

Dari gelita jadi cahaya
Dari derita jadi bahagia
Kerana dia pembawa rahmat
Kerna dia juga pemberi syafaat

Huwa Muhammad,Huwa khatimunnubuwah,
Huwa balighurisalah, Huwa saiyiduna wa imamuna

Dia Muhammad
Dia tauladan utama
Sunnahnya jaminan syurga
Berlandaskan wahyu yang Maha Esa

Waimma cerca ataupun hina
Hatta dihunus pedang kuffar durjana
Namun baginda beralah tiada
Kerna percaya Allah tetap bersamanya

Syukran JAZILLAN... YA RASULULLAH..

12 February 2011

Beramal Dan Bermaksiat, Apa Bezanya?

Pernah dengar mengenai teori "classical conditioning" di mana-mana?
Sama ada melalui buku-buku, majalah ataupun di internet?


"Classical conditioning" merupakan keadaan pemesongan minda yang mengarahkan anggota badan kita bertindak mengikut corak tertentu dengan didedahkan kepada stimulus tertentu.
Kajian asal mengenai "classical conditioning" telah didemonstrasikan oleh seorang saintis psikologi Russia, Ivan Pavlov pada tahun 1927. Ivan Pavlov menggunakan seekor anjing sebagai bahan ujikajinya untuk melihat respon anjing tersebut terhadap dua stimulus dalam dua keadaan yang berbeza:
*stimulus pertama – stimulus asal bersifat kekal
*stimulus kedua – stimulus tambahan, disertakan dengan stimulus pertama
Langkah pertama:
Anjing tersebut pada asalnya menunjukkan reaksi normal dengan menjelirkan lidah setelah diletakkan seketul tulang kegemarannya.
Langkah kedua:
Anjing tersebut didedahkan dengan "tuning fork" yang dibunyikan dengan nyaring. Tiada reaksi.
Langkah ketiga:
Tulang kegemarannya diletakkan di hadapan dan dalam masa yang sama, "tuning fork" turut dibunyikan dengan nyaring. Reaksi asal; anjing tersebut menjelirkan lidah terjadi.
Langkah keempat:
Tulang kegemaran dialihkan, "tuning fork" dibunyikan sekali lagi. Anjing berkenaan menjelirkan lidah.
Dapat disimpulkan bahawa anjing itu sendiri telah keliru dengan yang manakah respon yang sepatutnya diberikan seperti sebelum eksperimen tersebut dijalankan.
Kita manusia, mahukah jadi seperti anjing tersebut?
Kita sendiri jadi keliru, mana yang betul, mana yang salah, mana yang halal, mana yang haram.
Apa yang menyebabkan minda kita terpesong dalam beramal? Sekejap beramal, sekejap buat maksiat. Mungkinkah teori "classical conditioning" kerap berlaku dalam diri kita setiap hari?
Kita tengok ada yang bergaul bebas, perkara biasa.
Kita tengok ada yang yang tak tutup aurat, perkara biasa.
Kita tengok ada yang pandang ringan solat, pun perkara biasa.
Biasalah, dunia zaman sekarang.
Lama kelamaan, perkara biasa itulah yang terbiasa dengan kita. Semuanya terasimilasi dengan hidup kita. Orang lain buat, kita duduk sama, kita tengok saja, duduk diam dan buat-buat buta. Apa bezanya keadaan ini dengan stimulus kedua?
Alih-alih, jadilah kita seperti anjing eksperimen di atas.
Beramal dan bermaksiat nampak sama saja.
Moga menjadi peringatan untuk semua dan diri ini yang sentiasa alpa.

FREE GAZA

FREE GAZA
MARA KE HADAPAN MEMPERJUANGKAN GAZA, PALESTIN