ALLAH AGAMA MENGENAL ALLAH

JOM BERAMAL!

JOM BERAMAL!

SALAM UKHUWAH KEPADA SEMUA BLOGGER!

29 December 2010

12 Kelompok Manusia Bangun dari Kubur

12 Kelompok Manusia Bangun dari Kubur

DIRIWAYATKAN bahawa Rasulullah s.a.w. menangis hingga membasahi bajunya ketika ditanya oleh Mu’adz bin Jabbal mengenai maksud firman Allah s.w.t.: “Iaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala, lalu kamu datang berkelompok-kelompok.”
Apabila ditanya punca baginda bersedih, Rasulullah bersabda: “Engkau bertanya mengenai sesuatu yang dahsyat. Umatku akan dikumpul dan dibangkitkan di hari kiamat dalam 12 kelompok.”
  1. Kelompok pertama akan dibangkitkan dalam keadaan tanpa tangan dan kaki, lalu terdengar suara Allah:“Mereka ini adalah orang yang ketika didunia dulu senang mengganggu jirannya, maka inilah balasannya dan nerakalah tempat baginya.”
  2. Kelompok kedua pula di bangkitkan dalam keadaan berbentuk babi kerana ketika di dunia golongan ini malas seperti firman Allah: “Celakalah! Mereka yang mengerjakan solat, iaitu lalai dalam solatnya.”
  3. Kelompok ketiga dibangkitkan daripada kubur dalam keadaan perut membesar seperti gunung, dengan didalamnya penuh ular dan kala jengking kerana ketika di dunia mereka tidak membayar zakat.
  4. Kelompok keempat pula dibangkitkan daripada kubur dalam keadaan mulutnya mengalir darah kerana ketika berniaga, mereka suka berdusta.
  5. Kelompok kelima pula dalam keadaan lebih buruk daripada bangkai kerana ketika di dunia, mereka selalu melakukan maksiat secara sembunyi kerana takut dilihat orang, tetapi tidak takut kepada Allah.
  6. Kelompok keenam akan dibangkitkan dengan keadaan leher terputus kerana ketika di dunia selalu memberikan kesaksian palsu.
  7. Kelompok ketujuh akan dibangkitkan dalam keadaan tanpa lidah kerana selalu berdusta ketika di dunia.
  8. Kelompok kelapan akan dibangkitkan daripada kubur dalam keadaan kepala tersungkur, sedangkan keduadua kakinya di atas kepala dan farajnya mengeluarkan nanah yang mengalir seperti air kerana ketika hidup di dunia golongan ini suka berzina dan mati tanpa sempat bertaubat.
  9. Kelompok kesembilan pula dibangkitkan dari kubur dalam keadaan wajahnya yang hitam tetapi matanya biru dan perutnya dipenuhi api kerana ketika di dunia dulu mereka selalu memakan harta anak yatim secara zalim.
  10. Kelompok kesepuluh dibangkitkan dalam keadaan penuh kusta dan sopak kerana ketika hidup didunia menderhakai kedua orang tuanya.
  11. Kelompok kesebelas akan dibangkitkan dalam keadaan buta hati, giginya seperti tanduk, bibirnya menjulur sampai ke dada, lidahnya sampai ke perut manakala perutnya pula menjulur sehingga ke paha, perutnya penuh dengan kekotoran kerana ketika hidup di dunia mereka gemar minum arak dan mati sebelum sempat bertaubat.
  12. Bagaimanapun kelompok kedua belas, mereka akan dibangkitkan daripada kubur dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama dan mereka akan melewati sirat (titian) seperti kilat yang menyambar kerana golongan ini ketika hidupnya rajin beramal soleh, meninggalkan maksiat dan menjaga solat lima waktunya dengan berjamaah. Mereka mati dalam keadaan bertaubat, maka balasannya ialah syurga, pengampunan, rahmat dan nikmat

HIDUP SATU PERJUANGAN



Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam. Itulah yang patut kita sematkan setiap kali membuka mata dari lena. Sebagai seorang MUSLIM, kita wajar berazam agar sentiasa berusaha menjadi lebih baik daripada sekarang. Mungkin ada yang cakap "Kalau cakap aje memang ler boleh..",  tetapi kita perlu ingat setiap perbuatan perlu dimulakan dengan NIAT. Semua amalan perlu akan NIAT, kerana niatlah segalanya bermula.

Setelah penat melakukan sesuatu pekerjaan kadangkala timbul juga rasa tidak puas hati dan merungut. Memang tak dinafikan saya juga pernah mengalami situasi sebegitu. Subhanallah, terfikir pula sejenak ia seperti kita tidak bersyukur pula. Itulah sebabnya kesabaran perlu disematkan dalam diri, tetapi ada benarnya kata salah seorang ustaz saya iaitu "istiqamah dan keikhlasan sukar untuk dijaga". Inilah salah satu ramuan resepi KEMANISAN IMAN.

Bila nur melimpah di hati dengan keizinanNYA, seseorang muslim memperoleh taufik dan hidayah daripada ALLAH S.W.T. Alhamdulillah, semoga kita sentiasa berada dalam lindunganNYA. Insyallah.


Pagi tadi setelah mendengar berita di TV dan Radio, saya mula terfikir untuk berkongsi meluahkan pendapat yang terlintas di hati. Isu yang dimaksudkan adalah BENCANA BUANG BAYI: Wajarkah pihak hospital menyediakan tempat khas untuk mengurangkan pembuangan bayi secara berleluasa kini?


Usul demi usul telah dilemparkan tetapi keberkesananNYA tidak jua dilihat, malah bertambah serius. Saya mula terfikir adakah ini berpunca daripada kealpaan kita dalam mengamalkan cara hidup ISLAM yang SEBENAR? Mojoriti para pendengar turut mengakui bahawa ramai antara kita sendiri telah tergelincir dari landasan CARA HIDUP  SERBA LENGKAP SEPANJANG ZAMAN iaitu ISLAM.


BUDAYA HEDONISME: Pegangan atau pan­dang­an hidup yang mementingkan kese­ronokan atau kesenangan hidup.

ISLAM adalah agama terbaik di muka bumi ALLAH ini, tetapi mengapa kita tidak mengikut acuan yang ditetapkan ISLAM dalam menangani masalah SOSIAL kini? Pihak berwajib perlulah peka dalam menangani isu ini. Adakalanya sesuatu isu itu juga dipolitikkan sewenangnya, tiada kebaikan diperoleh darinya malah sebaliknya.


Pening juga memikirkan isu AKHIR ZAMAN yang semakin kemaruk dan tidak keruan. Adakala kita alpa, disedarkan sahabat, Adakala kita jatuh, disambut sahabat. Beringat dan saling mengingati antara satu sama lain. Antara isu AKHIR ZAMAN yang hangat diperkatakan adalah seorang engineer lelaki islam berusia 32 tahun dan mengaku beliau seorang "gay"  di dalam sebuah laman web secara terang-terangan. Nauzubillah, paling memeranjatkan beliau berkata di akhir rakaman video "Saya Gay, Saya Okey".


Ya ALLAH, Engkau kurniakanlah rasa taubat kepada mereka yang telah jauh dari hidayahMU dan kembalikanlah mereka ke pangkal jalan.


Demikianlah, bencana kerosakan akhlak masyarakat sekarang. Sangat menyedihkan, semoga mereka beroleh hidayah agar kembali ke pangkal jalan. Sama-samalah kita berdoa agar diberi petunjuk dari ILAHI supaya segalanya kembali kepada CARA HIDUP ISLAM yang SEJATI.


Ya ALLAH, Engkau limpahilah kami taufik dan hidayahMU yang tak terhingga banyaknya agar kami sentiasa berada dalam lindunganMU dan terhindar dari azam api neraka jahanam. Amin..


Yakinlah akan kebangkitan ISLAM... 
                                                      ......SEJARAH itu sememangnya berulang

28 December 2010

7 Wonderful Qualities of a Leader


Oxford Advanced Learner's Dictionary, New 8th edition (2010), defines leader as a person who leads a group of people, especially the head of a country, an organization, etc.
To be a wonderful leader, one should possess combinations of some of the following qualities:
1) Leaders Have Good Communication Skills
Leaders are good communicators. They leave no doubt about the meaning of their message. That's what Stan Toler (2002) wrote in his book "Minute Motivators for Leaders". He added that communication process is not complete until the audience has both listened and understood the delivered message.
Bob Adams (2001) in his book "The Everything Leadership Book" said that effective communication skills are integral to any working partnership / team or personal relationship. Therefore, according to him, it is safe to say that good communication skills are one of the building blocks of being an effective leader.
2) Leaders Are People with Courage
Courage is largely habit and self-confidence. It is a valuable commodity on the battlefield or in the board room. Alan Axelrod (1999) mentioned this in his book "Patton on Leadership". According to him, General George S. Patton, Jr., one of the most decorated American heroes during World War II, believed that courage could be learned – acquired through practice.
According to Marshall Loeb and Stephen Kindel (1999) in their book "Leadership for Dummies", leaders learn how to suck up their courage, trust their instincts, and move ahead into the unknown, even when they're just as scared as their followers.
3) Leaders Pay Attention to Details
During World War II, in commanding the U.S. Third Army, General Patton understood that wet socks lead to trenchfoot and other conditions that keep a man from marching, wrote Axelrod (1999). Socks are a small and lowly item, but Patton realized that on dry socks (and healthy feet), the efficiency of his army depended.
On the other hand, lack of attention to details can result in tragedy. According to Seth Godin (1995) in his book "Wisdom, Inc.", the space shuttle Challenger exploded because a fifteen-cent rubber part did not function in unusually cold weather. Several brilliant scientists (and astronauts) were killed because this one tiny detail was overlooked.
Napoleon Hill (1937) in his book "Think and Grow Rich" mentioned about the mastery of detail, which was one of the 11 important factors of leadership. According to him, successful leadership calls for mastery of the details of the leader's position.
4) Leaders are Problem Solvers
"You can measure a leader by the problems he tackles. He always looks for ones his own size", wrote by John C. Maxwell (1999) in his book "The 21 Indispensable Qualities of a Leader".
Every workplace will have some conflict, no matter how great the leadership team may be. Leaders need to identify conflict as early as possible and determine what kind of conflict is involved and its underlying causes. These remarks were written by Bob Adams (2001) in his book "The Everything Leadership Book".
5) Leaders Build Relationships
Building relationships based on trust was one of the topics covered by Ian Lawson (2001) in his book "Leadership". According to him, there are seven key behaviours / attributes in this area:
  • Not putting self-interest before the interests of your staff,
  • Keeping promises and doing what you say you will do,
  • Being in touch with and sensitive to other people's feelings,
  • Being calm in a crisis and when under pressure,
  • Being honest and truthful,
  • Not taking personal credit for other people's work, and
  • Always being fair.
6) The Leader as Team-Builder
Ismail Noor (2002) wrote his book "Prophet Muhammad's Leadership" that the Prophet Muhammad s.a.w. is acknowledged as an exemplary team leader who knew how to get the best out of his principal lieutenants by understanding the true value of the human resource factor.
According to him, effective team-working stems from people complementing, rather than, rivalling, each other or merely co-existing alongside one another.
The leading members of the Majlis Syura or the Consultative Council during the time of the Prophet's governance were Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab, Uthman Al-Affan, Ali bin Abi Talib, Zaid bin Thabit Al-Ansari, Abd. Rahman bin 'Auf, Salmaan Al-Farsi, and 'Ubayy bin Ka'b.
7) The Leader as Visionary
In her book "Leadership Skills for Managers", Marlene Caroselli (2001) stated that for leaders to effect positive change, they must have a picture of what the improvement will look like. That improvement, on a small or grand scale, is called a vision.
According to Ros Jay (2004), vision is the ability to develop the future strategy of the business. In her book "The Successful Candidate", she wrote: "vision implies that not only can you see ahead and respond well in advance, but that you can also be pro-active, setting the trend yourself and setting how the business will look in several years' time.
"Wonderful leaders are comparable to eagles. They fly higher but not in flocks, like most birds".

Apa Yang Paling Kuat?


Dikisahkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tarmizi & Ahmad :
Tatkala Allah Ta'ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumi pun terdiam. Para malaikat kehairanan dengan penciptaan gunung tersebut.
Kemudian mereka bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung?"
Allah menjawab, "Ada, iaitu besi"
Para malaikat bertanya lagi "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi?"
Allah yang Maha Suci menjawab, "Ada, iaitu api."
Para malaikat kembali bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api?"
Allah yang Maha Agung menjawab, "Ada, iaitu air."
Para malaikatpun bertanya kembali "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?"
Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, "Ada, iaitu angin."
Akhirnya para malaikat pun bertanya lagi "Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua?"
Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab,
"Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya."
Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah dan beramal tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah dan amalan yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas tanpa ada rasa untuk diketahui oleh orang lain.
Ayuh, periksa hati yang menuntun amalmu. Semarakkan rasa khauf lillah pada tiap apa yang kau kerjakan.

26 December 2010

Poligami : Syariah Law VS. Common Law Siri 1


Mungkin ramai masih teringat kisah sebuah 'page' di facebook "Allah is terrorist" yang mana telah pun ditutup kerana mendapat tentangan dari dunia Islam satu ketika dahulu. Namun di sini saya bukan cuba untuk menyingkap tentang 'page' tersebut tetapi tentang satu dialog yang sempat dilakukan sebelum saya di'ban' oleh pemilik 'page' tersebut.
Ketika memasuki laman tersebut, jelas ia dipenuhi dengan caci-maki serta percakapan emosi antara bukan islam dan muslim di dalamnya. Pada waktu itu, ramai daripada pengguna muslim beremosi dan memaki-hamun penganjur laman tersebut dan mengeluarkan pelbagai surah dan ayat Al-Quran untuk menjelaskan Islam adalah agama yang mulia.
Namun mungkin anda tidak menyangka bahawa saya telah menegur muslim-muslim ini seawal kemasukan saya di laman itu dan tidak langsung menegur bukan Islam yang menyumpah-seranah Allah dan Islam. Saya akan cuba menyampaikan situasi tersebut dalam ilustrasi dialog di dalam bahasa Melayu untuk kefahaman.
Hanif: Wahai orang Islam yang berada disini. Sedar atau tidak bahawa mereka yang mengatakan Allah itu pengganas dan Islam agama pengganas ini dari mereka yang tidak tahu? Mengapa kau semua memarahi mereka? Kalau mereka tahu, mereka pun tidak akan mencaci-maki atau mengatakan Allah dan Islam dengan tafsiran sebegini.
Tapi apa yang kamu lakukan disini sama sekali tidak akan membantu memperlihatkan apa yang cuba kamu jelaskan pada mereka. Kamu kata Islam itu agama yang mulia tetapi kamu sendiri mencaci-maki mereka dan agama mereka. Jadi, kalau mereka (bukan islam) ini golongan pelampau kerana mencaci dan menghina Islam, apa bezanya kamu yang juga mencaci-maki dan menghina agama mereka. Rasulullah sendiri dihina, dibaling dengan najis dan cuba dibunuh, tetapi dia tidak melakukan seperti apa yang kamu semua lakukan.
Apakah yang berlaku selepas itu? Jawapannya ialah ia tetap berlaku seperti biasa. Baik yang bukan Islam dan yang Islam terus menerus berdebat dan memaki-hamun. Namun di sebuah 'thread' saya telah ditegur oleh seorang bukan Islam dari United Kingdom kerana telah membaca 'posting' di atas tadi.
Lalu di sinilah bermulanya satu dialog yang terbuka antara saya dengannya yang sememangnya berdialog secara profesional untuk memperoleh kebenaran. Saya meringkaskan dialog itu didalam bahasa melayu dan satu susunan kerana ketika kami berdialog, tidak kurang juga ramai yang menyelit dan turut sama memaki hamun. Andai mahu disalin kesemuanya, maka sudah tentu tidak elok untuk tatapan semua. Begini secara amnya dialog tersebut.
John: Hanif – saya melihat anda seorang saja muslim yang tidak mencarut dan emosi di laman ini. Saya pun tidak marah muslim lain itu beremosi. Siapa pun akan marah bila agama dan tuhan mereka dihina seperti ini. Cuma di sini saya ingin tahu adakah benar apa yang muslim katakan Islam itu lengkap dan mulia sedangkan apa yang saya lihat ia berlainan sekali dari apa yang dilakukan oleh orang muslim.
Hanif: John – saya tidak suka berdebat kerana saya yakin kamu pun tahu debat tanpa hati terbuka dan mencari kebenaran hanyalah satu pekerjaan yang membuang masa. Jikalau kamu hanya mengajak saya berdebat untuk memburukkan Islam, saya samasekali tidak berminat tetapi sekiranya kamu mengajak saya berdialog untuk tujuan ilmiah, saya amat berbesar hati.
John: Hanif – jangan salah sangka. Saya bukan mahu mencari musuh kerana saya tiada masalah dengan Islam dan muslim. Saya menghormati kamu kerana kamu menegur kesilapan orang kamu sendiri. Jadi bagi saya kamu bukanlah seperti mereka yang asyik mengatakan diri mereka betul dan orang lain salah. Sungguhpun tuan laman ini telah melampaui agama Islam dan menghina tuhan Islam, saya rasa perlu juga orang Islam jelaskan dengan betul kenapa mereka bukan pengganas dan Allah itu buka pengganas. Ramai antara kami sebenarnya yang memerhati dan kasihan pada muslim tetapi kadangkala muslim mengutuk orang yang beragama islam ni seolah-olah kami ini semua jahat, akan masuk neraka dan berdosa. Sepatutnya siapa yang buat salah sajalah yang salah tetapi mengapa semua bukan Islam turut dikatakan muslim akan masuk neraka dan pendosa? Adakah muslim yang memaki hamun ini tidak berbuat dosa? Adakah muslim boleh mencarut serta menghina dan tak dikira berdosa tetapi bukan Islam pula sebaliknya?
Hanif: John -  baiklah John. Terima kasih kerana keterbukaan. Saya rasa kita usah berbincang tentang mereka kerana itu lebih akan membuang masa kita. Baik yang muslim dan bukan Islam yang berbuat perkara salah, ia tetap satu yang salah. Kamu pun sendiri melihat saya menegur kesalahan mereka. Jadi saya rasa lebih baik kamu terus kepada apa yang ingin kamu katakan. Saya cuba menjawab sebaik mungkin.
John: Hanif – baiklah. Muslim berkata Islam agama yang adil tetapi saya rasa tidak. Contohnya islam benarkan poligami. Lelaki muslim boleh berkahwin 4 isteri tetapi perempuan muslim tidak boleh berkahwin 4 suami. Dimanakah adilnya disitu?
Hanif: John – Antara lelaki dan perempuan, siapakah yang paling berpotensi menjadi pemimpin?
John: Hanif – Sudah tentu lelaki. Itu sangat jelas. Tapi adakah sebab lelaki itu memang kaum yang hebat memimpin, maka hak siperempuan dinafikan tidak boleh berkahwin empat?
Hanif: John – nanti dulu John. Jangan terburu-buru dengan soalan seterusnya. Jadi anda bersetuju lelaki adalah kaum yang memang lebih hebat memimpin. Jadi disini tidak salah Islam memberikan hak memimpin kepada kaum lelaki dimana seorang lelaki boleh memimpin empat orang isteri. Seterusnya, kalau lelaki mempunyai 4 isteri, maka kita boleh tahu siapa ayah kepada anak-anak itu. Tapi anda boleh tentukan siapa ayah kepada anak seorang isteri yang mempunyai 4 orang suami?
John: Hanif – kita boleh menggunakan DNA untuk mengenalpasti anak tersebut dari baka siapa.
Hanif: John – bagaimana sekiranya ayah yang dikesan melalui DNA itu tidak mengaku dan mengatakan mungkin ada kesilapan? Ini boleh berlaku apabila suami-suami yang lain tidak mahu mengambil tanggungjawab terhadap anak itu. Penentu DNA boleh dibayar. Maka ia akan jadi kes mahkamah dan nasib si isteri itu terumbang ambing sehingga penyiasatan selesai. Jikalau ia mengambil masa, apakah nasib si anak dan isteri tersebut? Selain daripada itu, sekiranya isteri itu perlu melayan empat orang suami ketika mengandung, dan hubungan seks kerap itu menyebabkan bayi didalam kandungan gugur, anda boleh bayangkan apa akan terjadi sekiranya suami-suami tadi menyaman antara satu sama lain?
John: Hanif – baiklah saya simpulkan perempuan berkahwin empat bukanlah satu idea yang bijak dan saya rasa ia mengarut sama sekali. Secara teknikal memang seorang lelaki yang ada banyak isteri sekalipun tidak akan menghadapi masalah dalam penentuan baka dan warisan serta tidak akan menimbulkan masalah dalam urusan perwarisan harta dan hak.
Tetapi anda perlu faham juga, sungguhpun secara teknikal ianya tidak mendatangkan masalah, ia tetap merupakan satu undang-undang yang tidak melindungi hak seorang wanita. Bukankah elok seorang suami itu hanya ada seorang isteri. Jadi kedua-duanya tidak perlu cemburu dan berkasih-sayang secara normal. Undang-undang Islam membuat perkara ini menjadi tidak normal. Bila lelaki muslim boleh berkahwin 4 isteri, adakah Islam tidak mengambil kisah perasaan isteri-isteri tadi? Bagi saya undang-undang Islam masih tidak menjaga hak asasi seorang wanita seperti yang diperkatakan oleh semua muslim disini. Saya lebih hairan muslim mengatakan 'common law' itu tidak lengkap sedangkan undang-undang ini lebih terperinci berbanding undang-undang Islam dari buku Quran itu.
~ Bersambung.

23 December 2010

Aura Nasihat Dan Teguran

Hari-hari yang kita lalui seakan kosong dan tidak bermakna sekiranya kita hidup tanpa teguran daripada para sahabat, keluarga, guru-guru dan sesiapa sahaja.

Tahukah anda, apabila  kita menegur seseorang terdapat satu aura yang kuat untuk membolehkan seseorang itu berfikir kembali tentang kesalahan yang telah mereka lakukan?

Sekiranya anda tidak percaya, cuba anda berikan teguran kepada rakan anda sekiranya mereka melakukan kesalahan. Sudah tentu setiap nasihat dan teguran itu akan membuatkan mereka berfikir kembali tentang kesalahan yang telah dilakukan.

Setiap manusia mempunyai sikap yang berbeza-beza. Ada yang menggunakan cara lemah lembut untuk menegur seeorang, ada yang menggunakan cara yang keras dan ada juga yang menggunakan cara yang berhikmah untuk menegur.

Kesemua ini ialah teknik dan cara menegur mengikut tahap ilmu yang telah dimiliki. Teguran dan nasihat  amat diperlukan bagi setiap manusia. Kita amat memerlukan teguran dan nasihat daripada insan di sekeliling kita. Kita memerlukan mereka untuk meruntuhkan kubu  ego yang kita miliki.

Terdapat  manusia yang sudah terlalu tinggi ilmunya dan pantang sahaja ditegur lalu mereka akan melenting sekiranya ada insan lain yang kurang berilmu menegur mereka. Hari ini jika dilihat suasana di sekeliling, terlalu ramai manusia yang memerlukan nasihat, teguran dan bimbingan daripada orang di sekeliling mereka.

Jika diteliti, nasihat dan teguran ini amat diperlukan oleh mereka yang ingin berubah. Ramai yang cuba  berubah tetapi mereka tidak mendapat  bimbingan daripada orang  di sekeliling. Saya juga turut merasakan aura tersebut kerana setiap teguran dan nasihat itu ikhlas daripada hati mereka yang menegur saya. Mereka tidak mahu saya hanyut dalam buaian dunia sendiri.

Setiap teguran memerlukan masa untuk kita merenung kembali kesalahan yang telah dilakukan. Seterusnya kita akan cuba sedaya upaya mengubah sedikit demi sedikit setiap kesalahan yang telah  dilakukan. Hal ini amat berbeza kepada mereka yang tidak mendapat teguran dan nasihat daripada orang di sekeliling.

Cubalah melihat mereka yang tidak ditegur. Adakah mereka akan berubah? Tanya pada diri anda?

Manusia amat sukar mengenali kesalahan diri sendiri tetapi orang di sekeliling mereka boleh mengenalinya.

Jika tiada teguran daripada orang di sekeliling, kita berkemungkinan merasakan diri kita sudah cukup hebat.  Setiap teguran daripada orang di sekeliling akan sukar untuk diterima. Ilmu yang diperolehi menyebabkan kita ego dan sukar menerima kenyataan.

Tetapi, apabila ditegur kita secara spontan akan memikirkan kembali kesalahan diri dan hal ini disebabkan oleh rasa ketidakpuasan hati seseorang itu untuk menjadi manusia yang terbaik. Bermula daripada teguran itu, ego mungkin akan runtuh jua satu hari nanti. Setiap teguran dan nasihat juga sebenarnya menyebabkan manusia itu saling melengkapi antara satu sama lain.

Manusia saling memerlukan. Mereka memerlukan bimbingan, teguran dan nasihat. Tanpanya mereka akan hanyut dalam dunia sendiri. Walaupun mungkin saling membenci akibat satu teguran tetapi percayalah teguran itu akan sentiasa diingati kerana tingginya nilai aura nasihat dan teguran itu.

Pepatah Arab ada mengatakan ;

" Katakanlah yang benar walaupun pahit. "

Demi rakan tercinta, tegurlah mereka walupun ianya pahit. Walaupun ianya boleh membuatkan hubungan anda retak tetapi itulah perkara terbaik yang sudah anda lakukan untuk membuktikan kasih sayang anda kepada sahabat anda itu.

alt
Artikel iluvislam.com

FREE GAZA

FREE GAZA
MARA KE HADAPAN MEMPERJUANGKAN GAZA, PALESTIN