ALLAH AGAMA MENGENAL ALLAH

JOM BERAMAL!

JOM BERAMAL!

SALAM UKHUWAH KEPADA SEMUA BLOGGER!

03 February 2011

ALLAH ITU MAHA ADIL

Asssalamualaikum w.b.t,


Salam keikhlasan buat semua blogger! Maaf ler dah lama x update blog..
Maklumlah busy dengan assignment melambak cam bukit, alhamdulillah atas izinNya dapat jua saya menulis sedikit bingkisan. Pada mulanya agak keberatan juga, tetapi memandangkan seorang rakan blog juga turut serta menjemput melungsuri blog beliau iaitu Anisa.

Subhanallah, memang memeranjatkan berita yang dikhabarkan oleh Anisa bahawa salah seorang rakan seperjuangan di SMKS telah meninggal dunia.. Tarikh dan masa tidak pula dinyatakan. Innalillahi wa inna ilahi rajiun, setiap ciptaanNya pasti kembali dipanggil Oleh ALLAH S.W.T.

Seterusnya, saya telah menerima berita bahawa Wan dan Ziela telah mengikat tali pertunangan pada 25 Dis 2010 lepas. Alhamdulillah, semoga jodoh mereka terus ke jinjang pelamin. Setakat ini, dalam anggaran 5 orang rakan telah menamatkan zaman bujang mereka. Mudah-mudahan dapat memberi motivasi dan teladan kepada rakan-rakan yang lain.

Terkini, Cikgu Laily (ajar EST time form 5) bakal melangsungkan perkahwinan hujung minggu ini, tak salah saya 5/2/2011. Selain itu juga, Miss K dari bekas IKBN MIRI pun bakal berkahwin 6/2/2011 ini. Semoga mereka kekal ke anak cucu. Insyallah.

Beralih ke Dilemma Final pula, tatkala sibuk nak bercuti CNY dan selepas lawatan dari Perak datang pula timbunan assignment..

Ya Allah, Engkau permudahkanlah segala urusanku, kurniakanlahku kejayaan dengan setinggi-tinggi kejayaan dan kurniakanlahku kesejahteraan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.....amin.. 

0 Ulasan:

Post a Comment

FREE GAZA

FREE GAZA
MARA KE HADAPAN MEMPERJUANGKAN GAZA, PALESTIN