Ada beberapa takrif yang diistilahkan oleh ulama terhadap agama ISLAM. Antaranya:
1. ISLAM adalah satu agama yang diturunkan oleh ALLAH S.W.T kepada manusia melalui Nabi MUHAMMAD S.A.W yang mewajibkan manusia MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH, SEMBAHYANG, MENGELUARKAN ZAKAT, PUASA DI BULAN RAMADHAN, MENUNAIKAN HAJI DI BAITULLAH BAGI MEREKA YANG MAMPU.
Takrif yang dikemukakan ini diambil daripada maksud hadith Nabi s.a.w.:
Maksudnya:
" ISLAM adalah engkau bersaksi bahawa tiada Tuhan yang lain melainkan ALLAH dan Nabi MUHAMMAD S.A.W adalah utusan ALLAH, mendirikan SEMBAHYANG, mengeluarkan ZAKAT, PUASA di bulan RAMADHAN dan menunaikan ibadat HAJI ke BAITULLAH bagi mereka yang mampu sampai kepadanya. " (Hadis Riwayat Imam Muslim daripada Umar bin AL-Khattab)
2. ISLAM bererti menyerah diri, tunduk dengan yakin, patuh, tidak melawan, tidak ingkar, tidak menentang dan menerima keseluruhan Ad-Din yang dibawa oleh Nabi MUHAMMAD S.A.W.
0 Ulasan:
Post a Comment