ALLAH AGAMA MENGENAL ALLAH

JOM BERAMAL!

JOM BERAMAL!

SALAM UKHUWAH KEPADA SEMUA BLOGGER!

29 December 2010

HIDUP SATU PERJUANGAN



Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam. Itulah yang patut kita sematkan setiap kali membuka mata dari lena. Sebagai seorang MUSLIM, kita wajar berazam agar sentiasa berusaha menjadi lebih baik daripada sekarang. Mungkin ada yang cakap "Kalau cakap aje memang ler boleh..",  tetapi kita perlu ingat setiap perbuatan perlu dimulakan dengan NIAT. Semua amalan perlu akan NIAT, kerana niatlah segalanya bermula.

Setelah penat melakukan sesuatu pekerjaan kadangkala timbul juga rasa tidak puas hati dan merungut. Memang tak dinafikan saya juga pernah mengalami situasi sebegitu. Subhanallah, terfikir pula sejenak ia seperti kita tidak bersyukur pula. Itulah sebabnya kesabaran perlu disematkan dalam diri, tetapi ada benarnya kata salah seorang ustaz saya iaitu "istiqamah dan keikhlasan sukar untuk dijaga". Inilah salah satu ramuan resepi KEMANISAN IMAN.

Bila nur melimpah di hati dengan keizinanNYA, seseorang muslim memperoleh taufik dan hidayah daripada ALLAH S.W.T. Alhamdulillah, semoga kita sentiasa berada dalam lindunganNYA. Insyallah.


Pagi tadi setelah mendengar berita di TV dan Radio, saya mula terfikir untuk berkongsi meluahkan pendapat yang terlintas di hati. Isu yang dimaksudkan adalah BENCANA BUANG BAYI: Wajarkah pihak hospital menyediakan tempat khas untuk mengurangkan pembuangan bayi secara berleluasa kini?


Usul demi usul telah dilemparkan tetapi keberkesananNYA tidak jua dilihat, malah bertambah serius. Saya mula terfikir adakah ini berpunca daripada kealpaan kita dalam mengamalkan cara hidup ISLAM yang SEBENAR? Mojoriti para pendengar turut mengakui bahawa ramai antara kita sendiri telah tergelincir dari landasan CARA HIDUP  SERBA LENGKAP SEPANJANG ZAMAN iaitu ISLAM.


BUDAYA HEDONISME: Pegangan atau pan­dang­an hidup yang mementingkan kese­ronokan atau kesenangan hidup.

ISLAM adalah agama terbaik di muka bumi ALLAH ini, tetapi mengapa kita tidak mengikut acuan yang ditetapkan ISLAM dalam menangani masalah SOSIAL kini? Pihak berwajib perlulah peka dalam menangani isu ini. Adakalanya sesuatu isu itu juga dipolitikkan sewenangnya, tiada kebaikan diperoleh darinya malah sebaliknya.


Pening juga memikirkan isu AKHIR ZAMAN yang semakin kemaruk dan tidak keruan. Adakala kita alpa, disedarkan sahabat, Adakala kita jatuh, disambut sahabat. Beringat dan saling mengingati antara satu sama lain. Antara isu AKHIR ZAMAN yang hangat diperkatakan adalah seorang engineer lelaki islam berusia 32 tahun dan mengaku beliau seorang "gay"  di dalam sebuah laman web secara terang-terangan. Nauzubillah, paling memeranjatkan beliau berkata di akhir rakaman video "Saya Gay, Saya Okey".


Ya ALLAH, Engkau kurniakanlah rasa taubat kepada mereka yang telah jauh dari hidayahMU dan kembalikanlah mereka ke pangkal jalan.


Demikianlah, bencana kerosakan akhlak masyarakat sekarang. Sangat menyedihkan, semoga mereka beroleh hidayah agar kembali ke pangkal jalan. Sama-samalah kita berdoa agar diberi petunjuk dari ILAHI supaya segalanya kembali kepada CARA HIDUP ISLAM yang SEJATI.


Ya ALLAH, Engkau limpahilah kami taufik dan hidayahMU yang tak terhingga banyaknya agar kami sentiasa berada dalam lindunganMU dan terhindar dari azam api neraka jahanam. Amin..


Yakinlah akan kebangkitan ISLAM... 
                                                      ......SEJARAH itu sememangnya berulang

0 Ulasan:

Post a Comment

FREE GAZA

FREE GAZA
MARA KE HADAPAN MEMPERJUANGKAN GAZA, PALESTIN