ALLAH AGAMA MENGENAL ALLAH

JOM BERAMAL!

JOM BERAMAL!

SALAM UKHUWAH KEPADA SEMUA BLOGGER!

12 December 2010

IKHLAS + ISTIQAMAH = IMAN



Assalamualaikum w.b.t.


Sedarkah kita betapa sukarnya menjaga istiqamah dan ikhlas tatkala melaksanakan ibadah kepada ALLAH? Itu hanya sebahagian ujian dan berusahalah menangkis segala kemungkinan yang hanya diketahui olehNYA.

ALLAH hanya menguji hambanya berdasarkan kekuatan imannya. Semakin kita beriman kepadaNYA semakin besarlah ujianNYA. Solat adalah perkara pertama yang akan dipersoalkan oleh ALLAH kelak. Wajarkah kita tidak mengutamakan solat sedang kita melakukan sesuatu kerja? Azan sudah berkumandang, sedang kita leka dan hanya membuat hal sendiri.

Saya titipkan post ini adalah untuk ingatan kepada diri sendiri sendiri dan orang lain. Semoga kita semua beroleh kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Berdoalah agar ALLAH kurniakan kita kekuatan untuk istiqamah melakukan solat secara berjemaah.

Berikut adalah petikan daripada hadis berkaitan kelebihan solat berjemaah:

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda; Kalaulah mereka tahu ganjaran bagi mereka yang pergi ke masjid untuk bersembahyang Zuhur di panas matahari yang terik nescaya mereka akan pergi dalam keadaan berlari dan Barangsiapa yang mengetahui ganjaran  bagi mereka yang pergi ke masjid untuk bersembahyang Isyak dan Subuh nescaya mereka akan pergi (Tidak mengira mereka sakit) walaupun mereka terpaksa merangkak.


Subhanallah, betapa besarnya ganjaran orang yang beriman. Insyalllah, ALLAH akan mempermudahkan kita untuk solat berjemaah.

Apa tunggu lagi, JOM SOLAT BERJEMAAH! :))

0 Ulasan:

Post a Comment

FREE GAZA

FREE GAZA
MARA KE HADAPAN MEMPERJUANGKAN GAZA, PALESTIN