![]() |
| STUDY SMART..... Kucing pun study, bagaimana dengan kita? :)) |
ASSALAMUALAIKUM W.B.T.
Salam Sejahtera semua!
Minggu ini saya agak keberatan untuk mengakses masuk akaun FB dan Blogger saya kerana pelbagai aktiviti yang dijalankan. Termasuklah peperiksaan akhir semester 5 yang bermula pada 13/12/2010 hingga 17/12/2010.
Apa yang membimbangkan, sukatan pelajaran masih belum lengkap sepenuhnya. Memang tidak dinafikan kesibukan para pegawai membataskan mereka masuk ke kuliah. Tetapi itu bukan satu alasan! Sepatutnya mereka perlu memberi perhatian dalam hal berkaitan pembelajaran.
Mereka dibayar gaji bukan hanya untuk menyibukkan diri dengan kursus dan terlibat dengan pelbagai agenda tertentu. Bukan nak mengungkit, tetapi sekadar teguran bersama agar tidak terus leka dengan masa yang semakin pantas berlalu tanpa disedari.
Masing-masing sibuk dengan hal masing-masing padahal masih ada perkara yang perlu diselesaikan dan diutamakan. Apa-apa pun, pelatih sendiri perlu bergerak sendiri bukan tunggu untuk disuap sahaja. Buatlah langkah yang bijak untuk menentukan masa depan anda kelak.
Sebagai penutup renungi kata-kata ini:
" Anda tidak boleh mengubah masa depan anda tetapi anda boleh memusnahkan diri anda kini sekiranya terlalu memikirkan masa depan anda " .
RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL.... ('.')V



2 Ulasan:
moga sntiasa bahagia dunia dan akhirat dik..good luck
insyallah, :))
Post a Comment